Penjagaan parut

Apakah Produk Parut MEDERMA® Terbaik Untuk Saya?

Tarikh Kemas Kini 16.09.2021
5 Minit Bacaan

Memandangkan begitu banyak produk penjagaan parut yang terdapat di pasaran, anda mungkin mengalami kesukaran untuk memilih produk yang paling sesuai untuk anda.

MEDERMA® menawarkan pelbagai produk untuk membantu memudarkan parut anda, jadi penting untuk anda mengenal pasti produk manakah yang sesuai dengan keperluan dan situasi anda. Teruskan membaca untuk meneroka segala pilihan yang ada, daripada kesan cahaya matahari sehinggalah kulit anak-anak anda.

Dalam artikel ini, kami akan memberi tumpuan kepada:

  • Rangkaian penjagaan parut MEDERMA®
  • Produk parut terbaik
  • Produk yang berfungsi semasa anda tidur
  • Penjagaan parut mesra kanak-kanak

Rangkaian penjagaan parut MEDERMA®

Kini anda mempunyai 4 pilihan penjagaan parut MEDERMA® yang berbeza untuk dipilih:

Setiap produk ini dirumus khas untuk kegunaan tertentu. Kesemuanya mempunyai formula kombinasi tiga manfaat (triple benefit formula) yang dapat memudarkan penampilan parut dengan jelas [1,2] dalam masa 14 hari* dengan menghidrasi dan menjana semula sel kulit, mengurangkan kemerahan dan membantu mengurangkan kolagen yang berlebihan. MEDERMA® ialah jenama penjagaan parut yang disyorkan oleh doktor dan ahli farmasi nombor 1 AS.**

Sila ambil perhatian bahawa MEDERMA® tidak boleh digunakan pada kulit yang pecah (iaitu permukaan kulit tidak terbuka dan tiada kudis yang masih terdapat di bahagian kecederaan). Untuk hasil terbaik, sapukan MEDERMA® sebaik sahaja luka telah tertutup.

Produk parut keseluruhan terbaik

Dalam portfolio terkini MEDERMA®, MEDERMA® Advanced Scar Gel ialah produk pilihan yang sesuai untuk pelbagai kegunaan, termasuk parut pembedahan dan parut jerawat. Allantoin mempunyai sifat penghidratan yang membantu melembutkan parut. Formula ini telah terbukti berkesan dalam memperbaiki penampilan dan rasa parut[3].

MEDERMA® Stretch Marks

  • Menghidratkan kulit
  • Boleh memperbaiki penampilan stretch mark sedia ada
  • Formula kombinasi tiga manfaat (triple benefit) yang unik

Beli hari ini

Gel boleh digunakan dengan selamat sebaik sahaja kulit telah sembuh untuk mengurangkan penampilan parut. MEDERMA® Advanced Scar Gel sering menjadi antara produk penjagaan parut terbaik di AS[4,5].

Produk yang berfungsi semasa anda tidur

Rangkaian produk penjagaan parut MEDERMA® juga termasuk krim yang direka untuk menggalakkan pemulihan kulit yang lebih baik pada waktu malam.

MEDERMA® PM Intensive Overnight Cream dirumus khas untuk membantu proses penyembuhan kulit secara semulajadi pada waktu malam [9,10]. Sudah tentu, ia juga memberikan manfaat formula tri-aksi (triple action benefit), seperti semua produk MEDERMA® yang lain.

Mederma® adalah jenama No. 1 bagi pengurangan parut rekomendasi oleh pakar pediatrik, doktor, ahli farmasi dan pakar dermatologi mengikut Survei 2020*

Penjagaan parut mesra kanak-kanak

Walaupun anda dengan bangganya menyimpan beberapa parut dari zaman kanak-kanak, sebagai ibu bapa, anda mungkin menggemari kulit anak anda yang lembut dan sempurna, dan mahu mengekalkan kesempurnaannya. Jika anda mempunyai anak-anak, dan terutamanya yang masih berumur kecil, anda mungkin pernah menghadapi kesukaran untuk meminta mereka mengaplikasikan apa-apa produk pada kulit mereka atau untuk mengambil sebarang ubat.

MEDERMA® for Kids™

  • Formula kombinasi tiga manfaat (triple benefit) yang unik
  • Berubah warna apabila digunakan
  • Produk mesra kanak-kanak

Dapatkan Produk

MEDERMA® telah merumuskan produk yang seharusnya menjadikan hidup anda lebih mudah untuk memudarkan parut kanak-kanak. Ia berkesan untuk semua jenis parut, seperti luka dan gigitan serangga. Produk ini, MEDERMA® for Kids™, mempunyai beberapa ciri khas menjadikan penjagaan parut lebih menyeronokkan untuk anak-anak anda.

Memandangkan kanak-kanak menggemari warna yang menarik, MEDERMA® for Kids™ dihasilkan dalam bentuk gel berwarna ungu dan warnanya menjadi lebih jelas apabila anda menggosoknya. MEDERMA® for Kids™ juga didatangkan dengan bau anggur untuk menggalakkan kanak-kanak menerimanya dengan lebih mudah. Walaupun baunya lazat, gel tidak boleh dimakan, jadi pastikan ia dibawah pemerhatian anda!

Ringkasan

Rangkaian produk MEDERMA® merangkumi hampir semua keperluan penjagaan parut, anda seharusnya dapat mencari jenis yang sesuai dengan keperluan anda. Jika ingin melindungi kulit anak-anak anda, luangkan sedikit masa untuk menyelidik pilihan anda.

Rujukan

Adakah anda menyukai artikel ini? Sila maklumkan kepada kami jika anda mendapati artikel ini berguna.
Kembali ke atas