MEDERMA® for Kids

Gel Penjagaan Parut Kanak-Kanak 20g

  • Luka & Goresan
  • Jahitan
  • Luka Bakar
  • Pembedahan

MEDERMA® for Kids adalah gel penjagaan parut yang berkesan dan sesuai untuk kanak-kanak. Warnanya ungu, serap jernih apabila disapu serta harum anggur yang sedap, jadi kanak-kanak akan mengingati keseronokan pengunaan dan bukan parut.

  • Aroma Anggur, Sesuai untuk Kanak-Kanak
    Aroma Anggur, Sesuai untuk Kanak-Kanak
  • Formula Kombinasi Tiga Manfaat yang Unik
    Formula Kombinasi Tiga Manfaat yang Unik
  • No 1 Jenama Penjagaan Parut Rekomendasi Doktor di Amerika Syarikat<sup>(2)</sup>
    No 1 Jenama Penjagaan Parut Rekomendasi Doktor di Amerika Syarikat(2)
  • Memperbaiki Penampilan Parut dengan Ketara<sup>(1)</sup>
    Memperbaiki Penampilan Parut dengan Ketara(1)

Didapati di

Maklumat Umum

PAKAR PENJAGAAN PARUT, dengan kandungan Allium cepa (Cepalin®), ekstrak bawang merah yang berfungsi untuk membantu memudarkan penampilan parut yang disebabkan oleh kecederaan sukan, luka & calar, jahitan, kecederaan, luka bakar dan pembedahan.

Manfaat
  • Memperbaiki Penampilan Parut dengan Ketara
  • Formula Kombinasi Tiga Manfaat yang Unik meresap ke bahagian permukaan kulit untuk membantu: menghidratkan, melembutkan, melicinkan tekstur, dan mengurangkan kemerahan parut
  • SESUAI UNTUK KANAK-KANAK: Gel penjagaan parut kanak-kanak yang berkesan dan mudah digunakan. Warnanya ungu, serap jernih apabila disapu serta harum anggur yang sedap, jadi kanak-kanak akan mengingati keseronokan pengunaan dan bukan parut.
  • NO 1 JENAMA PENJAGAAN PARUT REKOMENDASI PEDIATRIK di Amerika Syarikat2 (IQVIA ProVoice Survey, March 2021)
Arahan untuk Diguna

Untuk kesan optimum, mulai penggunaan MEDERMA® for Kids sebaik sahaja luka anda ditutup dan terus gunakan setiap hari sekurang-kurangnya 8 minggu pada parut baru dan 3-6 bulan pada bekas luka yang lebih lama. Pastikan kudis telah hilang secara semula jadi dan jahitan telah ditanggalkan. Jangan guna pada luka terbuka.

Secara amnya, pengguna MEDERMA® for Kids mula melihat kesan yang ketara selepas 4 minggu dengan penggunaan harian secara konsisten, kesan optimum dalam 8 minggu.

*Kesan mungkin berbeza mengikut individu

Amaran
  • Untuk kegunaan luaran sahaja.
  • Elakkan bersentuhan dengan mata semasa penggunaan produk ini.
  • Mulai penggunaan MEDERMA® sebaik sahaja luka anda telah tertutup dan sapu secara rata setiap hari.
  • Hentikan penggunaan dan hubungi Pakar Perubatan dan Kesihatan anda jika keadaan bertambah buruk atau jika simptom berlanjutan lebih dari 7 hari atau hilang dan muncul semula dalam beberapa hari.
  • Elakkan pengunaan dekat luka atau tusukan yang mendalam, gigitan serangga atau haiwan, atau luka bakar yang serius.
  • Jauhkan daripada capaian kanak-kanak. Sekiranya tertelan, hubungi dan dapatkan bantuan Pakar Perubatan dan Kesihatan dengan segera.
Rujukan
  1. Draelos ZD. A New Proprietary Onion Extract Gel Improves the Appearance of New Scars. A Randomized, Controlled, Blinded-Investigator Study. J Clin Aesthet Dermatol 2012
  2. IQVIA ProVoice Survey, March 2021
FORMULA KOMBINASI TIGA ZAT AKTIF YANG UNIK
Soalan Lazim Produk Mederma® for Kids
Lihat Semua Soalan Lazim
Bolehkah MEDERMA® for Kids digunakan untuk parut atropik?

MEDERMA® for Kids boleh digunakan pada parut atropik, seperti jerawat dan parut chicken pox untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dan atas. MEDERMA® for Kids boleh membantu melicinkan dan melembutkan tepi tanda chicken pox tetapi tidak akan menyebabkan kawasan lekukan terisi. Dengan melicinkan tepi, tanda mungkin menjadi kurang ketara.

Siapakah yang boleh menggunakan MEDERMA® for Kids?

Walaupun sesiapa pun boleh menggunakan MEDERMA® for Kids, ia formulasi khas untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur 3 tahun dan atas.Warnanya ungu, serap jernih apabila disapu serta harum anggur yang sedap. Semua produk MEDERMA® harus digunakan seperti yang diarahkan. Jika anda pernah mengalami reaksi terhadap produk penjagaan kulit sebelum ini, sila baca bahan-bahan yang disenaraikan pada bungkusan sebelum menggunakan. Jika anda tidak pasti sama ada MEDERMA® for Kids sesuai untuk anda atau kanak-kanak anda, sila hubungi Pakar Perubatan dan Kesihatan untuk bantuan.

Adakah gel MEDERMA® for Kids mengotorkan fabrik?

Seperti kebanyakan produk tanpa pewarnaan, MEDERMA® for Kids tidak akan mengotorkan bahan kapas atau poliester. Tetapi ia boleh mengotorkan fabrik halus, termasuk sutera, kulit, suede dan lain-lain.

Berapa lamakah saya perlu menggunakan MEDERMA® for Kids?

Untuk mencapaii kesan optimum, gunakan MEDERMA® for Kids seperti yang diarahkan 3 kali sehari, untuk selama 8 minggu pada parut baru dan 3 kali sehari, selama 3 hingga 6 bulan pada parut lama. Anda boleh menggunakan MEDERMA® for Kids pada kanak-kanak berumur 3 dan atas. Urut perlahan-lahan sehingga gel diserap. Jika pengelupasan berlaku, anda mungkin menggunakan terlalu banyak. Cuba gunakan kurang untuk mencapai kesan yang terbaik. Jangan gunakan pada kulit yang pecah.

Anak saya baru sahaja menjalani pembedahan dan masih mempunyai jahitan – bila mereka boleh mula menggunakan MEDERMA®?

Anda boleh menggunakan MEDERMA® for Kids sebaik sahaja luka anak anda tertutup atau jahitannya telah ditanggalkan. MEDERMA® tidak bertujuan untuk digunakan pada luka terbuka. Jika kudis telah terbentuk, tunggu sehingga ia jatuh. Walaupun masih terdapat kudis atau jahitan, pastikan luka itu bersih dan ditutup.

Anak saya termakan MEDERMA® for Kids secara tidak sengaja, apakah yang perlu saya lakukan?

MEDERMA® for Kids tidak bertujuan untuk penggunaan oral. Lap atau bilas mulut dan hubungi Pakar Perubatan dan Kesihatan anda dengan segera.

Lihat Semua Soalan Lazim
Kembali ke atas