Penjagaan parut

Cara Mengurangkan Penampilan Parut Jerawat

Tarikh Kemas Kini 16.09.2021
5 Minit Bacaan

Jerawat: perkataan yang menakutkan bagi ramai remaja. Ia adalah salah satu masalah kulit yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Jerawat juga dikenali sebagai ‘acne vulgaris’ dalam bahasa Latin.

Pada satu ketika, pasti ramai di antara kita dibebani dengan masalah jerawat, bintik hitam atau bintik putih pada bahagian tubuh yang berlainan seperti muka, leher, dada atau belakang. Walaupun dirawat dengan baik, kulit kita mungkin terdedah kepada parut akibat jerawat.

Pada mulanya, anda mungkin berasa sedikit runsing dengan parut jerawat. Akan tetapi, terdapat produk rawatan parut untuk menjadikannya kurang jelas. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang parut jerawat, cara merawatnya dan akhirnya, cara mengatasinya.

  • Rawatan parut jerawat mungkin memerlukan usaha berbulan-bulan lamanya.
  • Menjaga kulit anda supaya ia bersih dan bebas dari bahan berminyak boleh membantu mengelak jerawat yang teruk
  • Terdapat pelbagai produk – termasuk produk preskripsi – yang boleh membantu

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan:

  • Apakah itu jerawat dan apa yang menyebabkan parut jerawat?
  • Bagaimanakah anda boleh mengelakkan parut jerawat?
  • Apakah penyelesaian yang bagus untuk parut jerawat?

Apakah itu jerawat dan apakah yang menyebabkan parut jerawat?

Jerawat adalah masalah kulit yang biasa terjadi. Ia sebenarnya adalah salah satu daripada tiga masalah kulit tertinggi dan menjejaskan 85% orang muda dewasa, terutamanya di Eropah Barat dan Amerika Utara [1,2]. Parut jerawat adalah disebabkan oleh proses penyembuhan apabila kulit membaik pulih secara semula jadi.

Kelaziman jerawat semakin meningkat tetapi pakar-pakar masih tidak dapat menentukan punca sebenar. Ia mungkin disebabkan oleh faktor persekitaran atau permulaan akil baligh yang lebih awal.

Bagaimana jerawat terbentuk

Secara ringkasnya, jerawat terbentuk disebabkan oleh lebihan sebum (minyak) dalam folikel rambut. Inilah sebab mengapa kebanyakan jerawat berlaku pada muka, leher, dada dan belakang, di mana ketumpatan kelenjar sebum dan folikel rambut adalah tinggi.

Pengeluaran minyak yang berlebihan didorong oleh hormon dan itulah sebabnya jerawat seringkali menjejaskan kulit remaja kerana tahap hormon mereka tinggi. Jenis kulit anda juga mungkin menjadi punca jerawat kerana jenis kulit yang berminyak akan lebih terdedah kepada jerawat yang teruk. Jerawat yang teruk adalah normal pada kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa, bukan hanya pada kanak-kanak perempuan dan wanita[3]

Faktor seperti kebersihan kulit, diet (makanan seperti coklat), cahaya matahari dan tekanan dipercayai boleh menyebabkan wabak jerawat. Walau bagaimanapun, hanya terdapat bukti saintifik atau perubatan yang terhad untuk menyokong atau menyangkal dakwaan ini[4].

Parut jerawat

Apabila jerawat mula sembuh, parut boleh terbentuk. Jika anda mempunyai jerawat inflamasi atau cystic (bengkak, merah dan menyakitkan), anda lebih berisiko untuk mendapat parut jerawat kerana jerawat jenis ini cenderung untuk menjejaskan tisu yang lebih dalam[5]. Oleh itu, adalah penting untuk diingat bahawa semakin lama anda menangguh untuk menangani jerawat radang anda, semakin besar risiko parut.

Secara umum, tidak semua lelaki dan wanita berkemungkinan untuk mendapat parut. Akan tetapi, telah terbukti jika anda mempunyai ahli keluarga yang ada parut jerawat, anda lebih cenderung untuk mendapatnya[2]

Sebilangan besar (kira-kira 90%) parut jerawat adalah atropik: iaitu parut berlubang, tertekan akibat kehilangan gentian kolagen dalam tisu asas kulit. Parut atropik mempunyai bentuk yang berbeza (contohnya, boxcar, icepick, rolling)[6] dan adalah perkara biasa untuk mempunyai lebih daripada satu jenis pada bahagian badan yang terlibat.

Walaupun jarang berlaku, jerawat boleh menyebabkan beberapa jenis parut luar biasa. termasuk parut hipertropik dan keloid. Warna kulit yang lebih gelap boleh mempengaruhi kemunculan parut jenis ini dan ia lebih kerap menyerang orang Afrika Amerika dan Asia daripada orang kulit putih[7].

Ketahui lebih lanjut tentang perbezaan antara parut jerawat

Bagaimanakah anda boleh mencegah parut jerawat?

Cara utama untuk membantu mencegah parut jerawat ialah menguruskan keadaan anda. Perlu ingat bahawa jerawat terjadi akibat pengeluaran minyak (sebum) yang berlebihan. Oleh itu, jangan gunakan produk berminyak pada kulit anda. Untuk membersihkan jerawat, anda boleh mencuba ubat-ubatan yang dijual di kaunter pada mulanya, seperti benzoil peroksida, asid salisilik atau asid alfa hidroksil.

Jika jerawat tidak hilang, berbincanglah dengan doktor anda atau pakar dermatologi. Mereka akan membantu anda mencari pilihan rawatan jerawat terbaik.

Konklusinya adalah elakkan daripada memecahkan, memicit atau mengutil jerawat anda kerana ini boleh membawa kepada jangkitan dan parut [6,8].

Elakkan daripada memicit atau memetik pada jerawat anda kerana ini boleh menyebabkan jerawat lebih banyak terjadi dan risiko untuk mendapat parut dalam lebih tinggi

Apakah penyelesaian yang bagus untuk parut jerawat?

Terdapat banyak penyelesaian yang berpotensi untuk membantu mengurangkan parut jerawat, dari produk tanpa perskripsi sehinggalah produk dengan preskripsi GP. Memandangkan rawatan parut jerawat adalah proses yang panjang, adalah lebih baik untuk memilih produk yang sesuai dengan anda dan gaya hidup anda.

Jika produk topikal tanpa preskripsi yang mengandungi benzoyl peroksida tidak berkesan, GP anda mungkin boleh memberi preskripsi:

  • Retinoid topikal
  • Antibiotik topikal atau tablet
  • Asid Azelaik [9]

Pilihan bukan farmaseutikal mungkin termasuk pengelupasan kimia, pengekstrak komedo atau terapi fotodinamik [9].

Mederma® ialah satu lagi penyelesaian yang berkesan untuk menangani parut jerawat anda. Formula tiga manfaat unik Mederma’s® memudarkan penampilan parut dalam masa 14 hari sahaja* dengan menghidrat dan menjana semula sel-sel kulit, mengurangkan kemerahan dan membantu mengurangkan kolagen yang berlebihan[10].

MEDERMA® Advanced Scar Gel

  • Terbukti secara klinikal dapat mengurangkan penampilan parut
  • Formula tiga manfaat unik yang direka untuk meresap ke bawah permukaan kulit
  • Gunakan sekali sahaja sehari

Beli hari ini

Ringkasan

Sentiasa ingat bahawa rawatan parut memerlukan komitmen dan ketekunan. Parut jerawat tidak akan hilang dalam sekelip mata dan mungkin memerlukan usaha selama beberapa bulan. Menjaga kulit anda supaya bersih dan bebas daripada bahan berminyak juga boleh membantu dalam mencegah jerawat yang teruk. Dengan kesabaran dan keazaman, usaha anda mempunyai peluang yang baik untuk membuahkan hasil.

Rujukan

Adakah anda menyukai artikel ini? Sila maklumkan kepada kami jika anda mendapati artikel ini berguna.
Kembali ke atas