Penjagaan parut

Rutin Penjagaan Parut Terbaik Untuk Wajah Anda

Tarikh Kemas Kini 16.09.2021
5 Minit Bacaan

Wajah adalah salah satu komponen yang paling penting pada imej anda. Ia adalah bahagian penting pada keperibadian anda, dan perkara pertama yang dilihat oleh orang lain apabila mereka bertemu dengan anda. Kecederaan muka yang meninggalkan parut boleh mempengaruhi persepsi terhadap diri anda dan menjejaskan keyakinan diri.

Muka adalah salah satu bahagian badan anda yang paling terdedah, jadi mungkin sukar untuk melindunginya pada setiap masa selepas kecederaan, sekali gus meningkatkan risiko pembentukan parut. Teruskan membaca untuk mengetahui cara untuk menjaga kulit muka anda bagi mengelak dan mengurangkan penampilan parut.

  • Parut muka pada umumnya tidak berbeza dengan parut lain
  • Mereka lebih kelihatan daripada parut lain
  • Rawat parut muka sebagaimana parut lain

Dalam artikel ini, kami akan mengupas tentang:

  • Apa yang membuatkan wajah anda istimewa?
  • Adakah parut muka berbeza dengan parut lain?
  • Bagaimana anda boleh memastikan wajah anda sihat?
  • Apa yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan penampilan parut?

Apa yang membuatkan wajah anda istimewa?

Wajah anda istimewa kerana ia menunjukkan emosi dan perkara lain yang mungkin anda fikirkan. Dari segi ciri-ciri kulit, wajah anda juga berbeza daripada seluruh badan anda. Kulit muka anda adalah salah satu bahagian badan anda yang paling terdedah.

Walaupun pada hakikatnya ia terdedah kepada unsur-unsur berbahaya, seperti cahaya matahari, pencemaran dan kelembapan, kulit muka anda lebih nipis dan terdiri daripada sel-sel yang lebih kecil daripada kulit lain di seluruh badan anda [1]. Di samping itu, ia mengandungi lebih banyak kelenjar minyak dan folikel rambut daripada bahagian kulit lain anda [2,3].

Oleh sebab itu, anda harus sentiasa menjaga wajah anda dan memberi perhatian khusus kepadanya – sama ada dalam keadaan biasa atau selepas kecederaan.

MEDERMA® Advanced Scar Gel

  • Terbukti secara klinikal mampu mengurangkan penampilan parut
  • Formula kombinasi tiga manfaat (triple benefit) yang unik untuk meresap ke bawah permukaan kulit
  • Aplikasi sekali sahaja setiap hari

Beli hari ini

Adakah parut muka berbeza dengan parut lain?

Ringkasnya, tidak – parut muka secara amnya tidak berbeza dengan parut lain. Parut muka adalah seperti jenis parut lain dan berlaku dengan cara yang sama seperti pada bahagian lain badan anda. Terdapat tiga jenis parut utama: hypertrophic, keloid dan atrophic.

Parut hyperthrophic dan keloid terhasil disebabkan oleh pengeluaran kolagen yang berlebihan dan biasanya disebabkan oleh pembedahan atau luka bakar. Manakala untuk parut atrophic, antara akibatnya adalah daripada kekurangan pengeluaran kolagen dan adalah parut jerawat tipikal

Namun, parut muka berbeza dengan parut lain kerana ia cenderung untuk lebih kelihatan. Terdapat pelbagai sebab misalnya:

Pertama, muka anda biasanya merupakan bahagian terakhir yang anda tutup dan lindungi daripada persekitaran – menjadikannya lebih sensitif. Selain itu, tisu parut, khususnya tisu keloid atau hipertrofik, kekurangan folikel rambut [6], kadangkala menghasilkan kontras yang sangat ketara berbanding dengan kulit berbulu di sebelahnya.

Jika anda mempunyai warna kulit yang lebih gelap atau cerah, anda juga berkemungkinan besar akan mengalami parut yang ketara, kerana ia cenderung mengalami hiperpigmentasi [7].

Oleh kerana ia sukar disembunyikan, parut muka mungkin menjadi peringatan kekal tentang trauma atau kecederaan lampau, yang boleh membawa kepada kesan psikologi yang merosakkan [8]. Oleh itu, penting untuk menjaga kulit anda dan menangani sebarang parut lebih awal.

Bagaimanakah anda boleh memastikan wajah anda sihat?

Petua berikut boleh membantu untuk memastikan kulit wajah anda sihat:

Kulit yang sihat adalah salah satu cara utama untuk mengurangkan kemungkinan pembentukan parut selepas kecederaan/pembedahan. Sebaik sahaja kecederaan berlaku pada muka atau mana-mana bahagian badan anda, bertindak pantas untuk merawat luka tersebut. Sesetengah kecederaan muka mungkin memerlukan anda memakai pembalut. Ini mungkin memberikan rasa tidak senang atau tidak selesa tetapi ia berkesan dalam melindungi kulit yang sedang sembuh, seterusnya mengehadkan pembentukan parut.

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan penampilan parut?

Pastikan kulit anda mendapat hidrasi yang baik dan terlindung selepas penyembuhan luka. Juga dengan jenis dan jumlah pelindung kulit yang betul, akan boleh membantu mengurangkan penampilan parut. Ini kerana parut cenderung terbentuk apabila kulit tidak cukup mendapat hidrasi. Gunakan perlindungan dengan ejen pelembap – dan sapukannya dengan kerap apabila luka telah sembuh.

Semasa menyapu krim, jangan teragak-agak untuk mengurut parut anda dengan teliti, kerana ini mungkin membantu ia pudar. Akan tetapi hanya boleh dilakukan dua minggu selepas penyembuhan lengkap[9].

Dengan lebih 20 tahun kepakaran dalam sains parut, produk penjagaan parut MEDERMA® menyediakan formula kombinasi tiga manfaat (triple benefit)[10]. Produk kami termasuk MEDERMA® Advanced Scar Gel, dan MEDERMA® PM Intensive Overnight Cream.

Wajah anda adalah asas kepada penampilan anda, jadi kami faham jika anda bimbang tentang parut. Akan tetapi dengan mengekalkan hidrasi dan kelembapan kulit anda, ia boleh mengurangkan risiko parut terbentuk. Pelbagai produk penjagaan kulit juga tersedia untuk mengurangkan penampilan parut jika kecederaan berlaku. Harus sentiasa ingat bahawa usaha dan ketekunan boleh membantu dalam mengurangkan parut pada wajah anda.

Rujukan

Adakah anda menyukai artikel ini? Sila maklumkan kepada kami jika anda mendapati artikel ini berguna.
Kembali ke atas