Penjagaan parut

Bagaimanakah cara untuk menjaga parut pada kanak-kanak

Tarikh Kemas Kini 14.09.2021
5 Minit Bacaan

Semua kanak-kanak berkemungkinan mengalami kecederaan. Sebagai ibu bapa, anda mungkin bimbang jika terdapat ‘peringatan kekal’ pada tubuh anak-anak anda. Ketahui perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kemungkinan parut.

  • Kanak-kanak akan mendapat calar-calar dan luka-luka – tidak semuanya akan menyebabkan parut
  • Rawat luka dari awal untuk membantu mengurangkan risiko parut
  • Gunakan produk rawatan parut yang sesuai untuk kanak-kanak

Dalam artikel ini:

  • Bagaimanakah kanak-kanak mendapat parut?
  • Bagaimanakah anda menjaga parut pada kanak-kanak? Perkara yang perlu diambil perhatian
  • Rujukan

Bagamanakah kanak-kanak mendapat parut?

Kanak-kanak sering mendapat parut kerana mereka lebih terdedah kepada luka dan calar. Mereka suka meneroka dunia dan kadangkala tidak tahu bagaimana atau di mana hendak berhenti dan menyebabkan kecederaan.

Selepas kecederaan, kudis berkerak biasanya terbentuk untuk melindungi luka dan membenarkan kulit untuk sembuh di lapisan bawahnya.

Parut hanyalah kesan yang ditinggalkan oleh luka yang telah sembuh. Walaupun kebanyakan parut adalah akibat terjatuh dan kemalangan kecil lain, ia juga mungkin disebabkan oleh kemalangan besar atau pembedahan.

Setiap parut mempunyai kisahnya yang unik – bagi sesetengah orang parut adalah istimewa, tanda kemenangan atau keberanian, tetapi tidak semua orang suka mempamerkan parut mereka. Dan sebagai ibu bapa anda memang akan bimbang tentang parut anak anda. Itulah sebabnya anda sentiasa dinasihatkan untuk membantu proses penyembuhan dengan produk pakar untuk membantu mencegah parut atau membantu memudarkan parut.

MEDERMA® Scar Gel for Kids

  • Wangian anggur yang mesra kanak-kanak
  • Terbukti secara klinikal dapat mengurangkan penampilan parut
  • ormula tiga manfaat (triple benefit) yang unik

Beli hari ini

Bagaimanakah cara menjaga parut pada kanak-kanak?

Sejurus selepas kecederaan, adalah penting untuk memastikan luka dibersihkan, berada dalam keadaan lembap dan dilindungi. Setelah luka sembuh sepenuhnya, anda boleh menggunakan produk penjagaan parut topikal. Kebanyakannya adalah produk kosmetik, jadi pastikan anda memilih yang khusus untuk kanak-kanak. Untuk kes bayi yang lebih kecil, anda harus selalu berjumpa doktor sebelum menggunakan sebarang produk, termasuk produk kosmetik.
Objektif utama penjagaan topikal adalah untuk mengekalkan kelembapan kulit yang baru sembuh [1,2]. Itulah sebabnya semua penjagaan Parut Mederma® mengandungi tiga manfaat yang unik termasuk ramuan proprietari Cepalin® (ekstrak bawang).

Bagaimanakah cara menjaga parut pada kanak-kanak?

Benjolan, lebam, luka dan calar adalah sebahagian daripada proses pembesaran kanak-kanak. Akan tetapi, merawat kecederaan dan menjaga parut dengan cepat boleh membantu mengurangkan kesan kecederaan ini.

Perkara yang anda perlu tahu mengenai penjagaan parut:

  • Pastikan luka bersih dan lembap.
  • Sapukan produk penjagaan parut topikal selepas sembuh.
  • Berbincang dengan doktor anda jika anda bimbang atau mempunyai anak kecil atau bayi.

Rujukan

Adakah anda menyukai artikel ini? Sila maklumkan kepada kami jika anda mendapati artikel ini berguna.
Kembali ke atas