Penjagaan parut

Bilakah Perlu Mula Merawat Parut Anda

Tarikh Kemas Kini 16.09.2021
5 Minit Bacaan

Sama ada selepas kecederaan atau pembedahan, kemungkinan besar kulit anda akan membentuk parut sebagai sebahagian daripada proses penyembuhan semula jadi. Tempoh yang diambil untuk parut sembuh boleh berbeza-beza bergantung pada punca parut, keterlihatan parut dan jenis kulit anda. Jika anda ingin meminimumkan penampilan dan rasa parut anda, adalah penting untuk merawatnya dengan betul, ini bermakna penggunaan taktik yang berbeza pada peringkat penyembuhan parut yang berbeza.

  • Jaga luka pada awal proses penyembuhan yang mungkin boleh mengurangkan parut
  • Sentiasa tunggu sehingga luka, kecederaan atau apa-apa yang membimbangkan hilang sebelum menggunakan produk rawatan
  • Setelah kulit anda sembuh, mulakan rawatan parut anda secara berperingkat untuk membantu mengurangkan kemerahan dan keterlihatan parut anda.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan:

  • Berapa lama masa yang diambil untuk parut sembuh dan apakah penyebabnya
  • Apakah yang menyebabkan parut
  • Berapa lama tempoh masa untuk parut sembuh
  • Bilakah parut perlu mula dirawat
  • Kecederaan dan parut pembedahan
  • Parut luka terbakar
  • Parut jerawat

Berapa lama masa yang diambil untuk parut sembuh dan apakah penyebabnya

Apakah yang menyebabkan parut?

Parut adalah sebahagian daripada proses semula jadi penyembuhan kulit apabila anda cedera. Parut hanyalah kesan yang ditinggalkan oleh luka yang telah sembuh. Parut biasanya akan berkembang dari semasa ke semasa dan kebanyakan parut kecil akan pudar. Walau bagaimanapun, bergantung kepada punca atau lokasi kecederaan, parut mungkin lebih kelihatan dan menjadi parut hipertropik atau keloid.

Parut boleh disebabkan oleh:

  • Kecederaan
  • Pembedahan
  • Terbakar
  • Jerawat

Berapa lama tempoh masa untuk parut sembuh

Parut boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh dan tidak akan hilang sepenuhnya[1]. Akan tetapi, lama kelamaan, parut halus boleh pudar dan rata dengan sendirinya. Parut yang lebih dalam, lebih timbul atau lebih merah mungkin memerlukan sedikit bantuan tambahan untuk merawatnya dan mengurangkan penampilannya.

Bilakah parut perlu mula dirawat

Jangan tergesa-gesa untuk merawat parut sejurus selepas kecederaan anda. Jaga luka anda terlebih dahulu dan tunggu sehingga kulit sembuh sepenuhnya (tiada kudis) sebelum mula menggunakan sebarang produk topikal. Anda tidak boleh menggunakan krim parut topikal seperti Mederma® pada luka terbuka.

Penjagaan yang betul merupakan langkah pertama yang perlu diambil untuk membantu mengelak atau meminimumkan parut[2]. Jika anda tidak pasti sama ada tanda anda adalah parut sebenar (cth. anda tidak ingat sebarang kejadian atau keadaan yang boleh menyebabkan parut), jangan teragak-agak untuk berbincang dengan pakar dermatologi mengenainya[3].

Parut kecederaan/pembedahan

Sekiranya berlaku kecederaan kulit, anda harus sentiasa menunggu sehingga kulit yang baru terbentuk selesai berkuping (scabbing). Scabbing mungkin tidak berlaku pada hirisan pembedahan tetapi tunggu sehingga hirisan selesai sembuh sebelum menggunakan penjagaan parut topikal. Memandangkan luka semakin pulih, pastikan ia lembap untuk mengelakkan pembentukan kudis dan membantu memendekkan masa penyembuhan. Jika kudis terbentuk, elakkan daripada mengutilnya, kerana ini boleh mengakibatkan luka terbuka semula, sekali gus melambatkan masa penyembuhan dan berkemungkinan akan menyebabkan lebih banyak pembentukan parut.

Sebaik sahaja tiada lagi kudis dan luka kelihatan tertutup (yang bermaksud kulit telah sembuh), anda boleh mula merawat parut anda dengan krim atau minyak topikal.

MEDERMA® Advanced Scar Gel

  • Terbukti secara klinikal dapat mengurangkan penampilan parut
  • Formula tiga manfaat (triple benefit) unik yang direka untuk meresap ke bawah permukaan kulit
  • Gunakan sekali sahaja sehari

Beli hari ini

Anda perlu merawat parut anda secara berbeza pada setiap peringkat penyembuhan parut untuk hasil terbaik dan mengekalkan kesihatan kulit anda. Berhati-hati semasa menggunakan produk penjagaan parut pada mula-mulanya kerana kulit baru mungkin tidak cukup kuat untuk menahan tekanan yang berlebihan.

2 minggu selepas kecederaan, kulit anda sudah cukup kuat dan anda boleh mula mengurut parut anda[4]. Urutan parut terbukti dapat meningkatkan keberkesanan penjagaan parut dan boleh membantu mengelak perkembangan parut hipertrofik atau keloid dengan merendahkan kolagen yang berlebihan dan tidak mudah lentur[5]. Jaga parut anda sekurang-kurangnya 6 hingga 8 minggu untuk hasil terbaik.

Parut luka terbakar

Bergantung pada tahap keterukan dan tahap terbakar, ia mungkin mengambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya. Ingat bahawa kebanyakan krim dan minyak parut tidak bertujuan untuk luka terbakar terbuka, tetapi parut luka terbakar yang telah sembuh.

Sebaik sahaja penyembuhan selesai, adalah lebih baik untuk merawat parut anda secepat mungkin untuk mengelakkan parut kontraktur daripada terbentuk.

Seperti jenis-jenis parut lain, jangan gunakan apa-apa produk penjagaan parut sebelum luka terbakar sembuh sepenuhnya. Jika luka terbakar anda meninggalkan parut, rawatan dengan krim atau krim daripada pakar boleh memperbaiki rupa dan tekstur,dan membantu ia supaya kelihatan lebih lembut dan licin. Ini mengambil masa kira-kira 2 minggu[5]. Masa penyembuhan juga bergantung pada tahap luka terbakar, iaitu semakin besar dan dalam luka terbakar, semakin lama masa yang diperlukan untuk sembuh.

Parut terbakar sangat sensitif kepada cahaya matahari, jadi ia sebaiknya ditutup[6]. Jika tidak boleh ditutup, pastikan anda menggunakan produk yang ada SPF untuk melindungi kulit anda.

Parut jerawat

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, penjagaan parut tidak seharusnya bermula semasa luka terbuka. Dalam kes jerawat, anda perlu menunggu sehingga jerawat tidak lagi aktif. Setelah jerawat anda hilang, anda boleh mula menggunakan produk penjagaan parut.

Jangan mengutil atau memicit jerawat anda kerana ia berkemungkinan pecah, seterusnya memecahkan halangan kulit dan melambatkan permulaan penjagaan parut[7].

Pendek kata, jaga jerawat anda sebelum cuba merawat parut. Ini boleh membantu mengelakkan parut. Setelah luka anda tertutup dan kulit anda telah sembuh, jangan buang masa dan mula gunakan penjagaan parut pilihan anda. Dengan berbuat demikian, anda akan meningkatkan peluang untuk memudarkan parut anda.

Ringkasan

Apabila merawat parut, sebaiknya mulakan seawal mungkin dalam proses penyembuhan, tetapi sentiasa pastikan untuk menunggu sehingga luka dan kecederaan hilang. Elakkan menggunakan produk topikal pada luka terbuka. Setelah kulit anda sembuh, anda boleh mulakan penjagaan parut anda secara berperingkat untuk membantu mengurangkan kemerahan dan penampilan parut anda.

Rujukan

Adakah anda menyukai artikel ini? Sila maklumkan kepada kami jika anda mendapati artikel ini berguna.
Kembali ke atas