Penjagaan parut

Bagaimanakah produk penjagaan parut berfungsi?

Tarikh Kemas Kini 15.09.2021
5 Minit Bacaan

Produk penjagaan parut berfungsi dalam pelbagai cara untuk membantu anda mengurangkan penampilan sebarang parut dan dengan melembapkan kulit. Mari kita melihat cara bagaimana produk ini berfungsi ke atas kulit anda dan bahan yang digunakan[1].

Formula kombinasi tiga manfaat (triple benefit) unik Mederma’s® berfungsi untuk memudarkan penampilan parut dalam masa 14 hari sahaja* dengan menghidrasi dan menjana semula sel-sel kulit, mengurangkan kemerahan dan membantu mengurangkan kolagen yang berlebihan[1]. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara produk MEDERMA® berfungsi.

  • Produk penjagaan parut mengandungi pelbagai bahan untuk mengurangkan penampilan parut
  • Ia boleh meningkatkan kelembapan dalam kulit, meningkatkan keanjalan, dan melindungi daripada matahari
  • Ada yang membantu pembentukan semula kulit

Dalam artikel ini:

  • Bagaimanakah krim parut secara amnya berfungsi?
  • Bahan-bahan yang memberikan kelembapan dan keanjalan kulit
  • Bahan-bahan yang melembutkan kulit
  • Ramuan untuk melindungi daripada kerosakan matahari dan untuk memperbaiki tona kulit
  • Ramuan untuk membantu pembentukan semula kulit dan memperbaiki penampilan parut
  • Perkara yang perlu diingat
  • Rujukan

Bagaimanakah krim parut secara amnya berfungsi?

Krim parut biasanya mempunyai ciri-ciri yang mengurangkan ketegangan pada parut dengan:

  • memberikan kelembapan untuk melembutkan lapisan atas kulit
  • menyediakan halangan pelindung untuk mengekalkan kelembapan
  • membantu sel untuk menjana semula dan mengubah suai tisu penghubung di bawah parut

Sesetengah produk penjagaan parut juga melindungi daripada kerosakan pada kulit sensitif pada parut.

Untuk mengetahui kandungan produk penjagaan parut pilihan anda, lihat bahan-bahan yang kebiasaannya memberikan fungsi ini.

Ramuan yang memberikan kelembapan dan keanjalan kulit

Cara paling berkesan untuk mencegah parut adalah dengan mengekalkan kelembapan kulit yang baru sembuh[2,3] – terdapat banyak produk kulit topikal yang mengandungi bahan-bahan untuk membantu proses ini.

Bahan-bahan tertentu, seperti gliserin, lesitin, dan propilena glikol menarik molekul air, manakala bahan lain mengunci kelembapan dengan membentuk lapisan berminyak pada kulit.

Biasanya, silikon, petrolatum, lanolin, dan minyak mineral digunakan untuk mengunci kelembapan. Silikon tambahan juga mengurangkan pertumbuhan berlebihan kolagen, yang menjadikannya salah satu bahan paling berkesan untuk mengurangkan parut dan penampilan parut.

Dimethicone ialah sejenis silikon dengan sifat oklusif dan pelembap yang digunakan untuk menggalakkan penyembuhan lebih cepat dan melindungi kulit pada waktu malam dan kerap digunakan dalam pelembap[4].

Panthenol, terbitan vitamin B-5, mengunci kelembapan ke dalam kulit, memberikan keanjalan sambil merangsang pertumbuhan fibroblas, yang membantu pembentukan tisu baru[5]. Ia telah terbukti mampu memperbaiki penampilan parut[6].

Bahan yang melembutkan kulit

Bahan pelembut kulit yang biasa ialah urea, asid alfa hidroksi seperti asid laktik, sitrik, atau glikolik, dan allantoin[7]. Bahan-bahan ini melembutkan protein keratin dalam kulit kita – yang memberikan kulit kita ketegaran dan memegang lapisan luar kulit kita. Bahan-bahan ini menanggalkan sel kulit mati, memecahkan tisu parut yang meradang dan menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat.

Ini dapat membantu kulit mengekalkan lebih banyak air dan menjadikan kulit berasa lebih licin dan lembut, seterusnya mengurangkan ketegangan dan penampilan parut.

Ramuan untuk melindungi daripada kerosakan matahari dan untuk memperbaiki warna kulit

Antioksidan, seperti vitamin A, C dan E (kadangkala sebagai tokoferol), melindungi kulit daripada kerosakan skin barrier,[8,9] sementara agen pencerah kulit, seperti vitamin C, secara langsung memperbaiki tona kulit[10]. Minyak rosehip menggabungkan kedua-dua sifat ini kerana ia kaya dengan vitamin A dan C, oleh itu, membantu melindungi kulit sensitif parut segar dan memperbaiki penampilannya.

Di samping itu, pelindung matahari (sunscreen) disyorkan kerana kulit pada parut sangat sensitif terhadap matahari [1,2]. Malah, ia sangat disyorkan untuk melindungi parut muda dari matahari selama sekitar 18 bulan [11,12].

Ramuan untuk membantu pembentukan semula kulit dan memperbaiki penampilan parut

Asid hyaluronik mempunyai keupayaan unik untuk mengekalkan air, mempunyai sifat anti-oksidatif, dan merupakan perangsang untuk pengeluaran kolagen [13,14]. Hasilnya, ia bertindak sebagai pengisi dan membantu meratakan kulit. Ia secara semula jadi berlaku di dalam badan di mana ia terlibat dalam banyak proses, termasuk penyembuhan luka dan pembaikan tisu [13,15].

Tripeptida, seperti peptida tembaga, mempunyai sifat anti-radang dan menggalakkan pembentukan semula kulit [16,17].

Ekstrak bawang mengandungi flavonoid quercetin dan kaempferol, yang mengawal aktiviti fibroblast, dan mempunyai sifat anti-radang [18,19]. Ia telah ditunjukkan secara klinikal untuk memperbaiki rupa dan rasa parut[20].

MEDERMA® Advanced Scar Gel

  • Terbukti secara klinikal dapat mengurangkan penampilan parut
  • Formula tiga manfaat unik yang direka untuk meresap ke bawah permukaan kulit
  • Gunakan sekali sahaja sehari

Beli hari ini

Perkara yang perlu diingat

Produk penjagaan parut boleh membantu mengurangkan penampilan parut anda, dan juga mengurangkan kesakitan dan ketegangan.

Bahan-bahan yang perlu diperhatikan dalam produk anda termasuk:

  • Silikon, petrolatum, lanolin, dan minyak mineral membantu untuk mengunci kelembapan.
  • Panthenol untuk merangsang pertumbuhan fibroblast.
  • Urea, allantoin dan asid alfa hidroksi untuk melembutkan kulit.
  • Vitamin A, C dan E dan minyak rosehip untuk melindungi daripada kerosakan matahari dan memperbaiki tona kulit.
  • Asid hyaluronik, tripeptida dan ekstrak bawang untuk merombak kulit dan mengurangkan penampilan parut.

Rujukan

Adakah anda menyukai artikel ini? Sila maklumkan kepada kami jika anda mendapati artikel ini berguna.
Kembali ke atas