Tanda Regangan (Stretch Mark)

Cara Mengurangkan Penampilan Tanda Regangan Lama (Old Stretch Mark)

Tarikh Semakan 16.09.2021
5 Minit Bacaan

Setelah sekian lama, tubuh badan anda mengumpul tanda-tanda, dan salah satunya adalan tanda regangan (stretch marks). Tanda regangan anda boleh menjadi bukti kenaikan dan penurunan berat badan secara tiba-tiba, lonjakan pertumbuhan, kehamilan atau penambahan otot. Semakin masa berlalu, tanda regangan anda mungkin akan pudar sedikit, tetapi ia masih lagi kelihatan. Walaupun anda mungkin sudah berputus asa untuk mengurangkan penampilannya, ia masih boleh dilakukan.

Dalam artikel ini, kami akan memberitahu beberapa petua terbaik untuk penjagaan stretch mark lama termasuk penggunaan:

  • Produk topikal
  • Pengelupasan kimia
  • Microdermabrasion
  • Fractional micro-needling microfrequency (FMR)
  • Terapi laser
  • Pembedahan kosmetik

Bagaimana tanda regangan berkembang dari semasa ke semasa?

Bergantung pada jenis dan warna kulit anda, tanda regangan baru selalunya adalah garis merah atau merah jambu yang dipanggil Striae rubrae. Pada sesetengah orang berkulit gelap, tanda regangan segar mungkin kelihatan lebih gelap daripada kulit di sekelilingnya (Striae Nigrae)[1]. Selalunya, ia rata atau sedikit timbul akibat daripada regangan kulit secara tiba-tiba. Semakin tempoh berlalu, tanda regangan ini akan secara beransur-ansur bertukar menjadi garis pudar, keputihan dan selalunya berkedut yang dikenali sebagai Striae Albae[2].

Striae rubrae
Straie alba

Bagaimanakah anda boleh membantu memperbaiki penampilan tanda regangan lama?

Sewajarnya, kita harus merawat tanda regangan seawal yang mungkin kerana hasilnya akan sentiasa lebih baik dengan rawatan awal sebaik selepas penampilannya. Secara umum, hasilnya tidak akan begitu ketara pada tanda regangan yang sudah lama berbanding dengan yang baru. Walaubagaimanapun, dengan rawatan pada tanda regangan yang lama, penampilannya masih boleh dikurangkan dengan ketara.

Berikut ialah petua utama kami tentang cara memperbaiki penampilan tanda stretch mark lama:

  • Produk topikal
    Produk topikal sering dianggap sebagai penyelesaian utama kerana ia mudah, tidak invasif dan selalunya lebih murah. Walaupun komposisi produk berbeza-beza, ia biasanya merupakan krim yang sangat melembapkan, kadangkala dirumus dengan bahan khas seperti asid hyaluronik.

    Rangkaian produk MEDERMA® mengandungi satu produk tanpa preskripsi dan satu minyak kosmetik (cosmetic oil) yang sesuai untuk penjagaan stretch mark. Menurut kajian terkini,[1]MEDERMA® ialah jenama krim stretch mark #1 yang disyorkan oleh doktor dan ahli farmasi AS.

MEDERMA® Stretch Marks

  • Mengurangkan penampilan stretch mark dengan jelas
  • Formula tiga manfaat (triple benefit) yang unik
  • Memelihara dan menghidrasi kulit

Beli hari ini

Rawatan penjagaan parut yang lain selalunya jarang diperlukan, tetapi jika produk topikal gagal memberikan hasil yang diperlukan, anda boleh mempertimbangkan pilihan lain yang lebih invasif dengan pakar dermatologi anda, termasuk:

  • Pengelupasan Kimia
    Penggunaan asid glikolik menjana pengelupasan lapisan kulit atas, memaksanya untuk menjana semula dan membantu penambahbaikan pada penampilan tanda regangan lama. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa asid glikolik mengurangkan saiz dan memperbaiki warna stretch mark dengan meningkatkan melanin [3]. Sebaik-baiknya, anda perlu menunggu 2 minggu antara setiap pengelupasan, kerana ia boleh menjadi terlalu agresif untuk kulit. Beberapa pengelupasan mungkin diperlukan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan[4]. Terdapat pengelupasan kimia yang boleh digunakan di rumah, tetapi mungkin tidak memberikan hasil pada tahap yang sama seperti yang digunakan oleh profesional terlatih dan pakar dermatologi kerana mereka akan dapat menyesuaikan kepekatan kimia dengan jenis kulit anda. Cara ini juga boleh meningkatkan keberkesanan krim topikal.
  • Microdermabrasion
    Microdermabrasion adalah teknik pengelupasan mekanikal. Kristal aluminium oksida/natrium klorida diletakkan ke permukaan kulit dengan tekanan yang terkawal, dan serta-merta diserapkan semula bersama-sama serpihan kulit. Dengan menanggalkan lapisan luar kulit, ia merangsang pertumbuhan semula kulit dan pengeluaran kolagen. Sekurang-kurangnya 5 sesi mingguan diperlukan sebelum dapat melihat sebarang hasil yang ketara[5].
  • Fractional micro-needling microfrequency (FMR)
    Jarum mikro yang mengandungi tenaga frekuensi radio, kolagen dan elastin digunakan untuk menembusi kulit. Selepas sekurang-kurangnya 4 sesi bulanan, lebar stretch mark terbukti berkurangan[6].
  • Laser
    Pancaran laser merangsang pengeluaran kolagen dan elastin[7] dengan memanaskan kulit. Ini menghasilkan keanjalan, struktur dan warna kulit yang lebih baik. Beberapa sesi biasanya diperlukan untuk mendapatkan hasil yang baik, dan rawatan mesti diawasi oleh pakar dermatologi.
  • Pembedahan kosmetik
    Sebagai pilihan terakhir, dan apabila kaedah di atas tidak berkesan, pembedahan boleh dianggap sebagai pilihan. Ia melibatkan pemotongan kulit yang mengandungi tanda regangan dan hanya dilakukan apabila terdapat lebihan kulit (selepas penurunan berat badan, contohnya). Ia adalah pembedahan yang besar dan mahal yang memerlukan penjagaan selepas pembedahan dan beberapa minggu masa berehat.

Memandangkan Pengelupasan Kimia, Microdermabrasion, FMR dan Laser adalah agresif untuk kulit, adalah penting untuk menggunakan pelindung kulit yang baik untuk meningkatkan keselesaan kulit dan memudahkan proses penyembuhan.

Rujukan

Adakah anda menyukai artikel ini? Sila maklumkan kepada kami jika anda mendapati artikel ini berguna.
Kembali ke atas