Tanda Regangan (Stretch Mark)

10 cara untuk mengurangkan tanda regangan (stretch mark) secara semula jadi

Tarikh Kemas Kini 14.09.2021
5 Minit Bacaan

Stretch mark adalah parut kecil yang boleh menjejaskan golongan lelaki dan wanita. Ia boleh disebabkan oleh lonjakan pertumbuhan semasa akil baligh, penambahan berat badan secara tiba-tiba atau peningkatan jisim otot yang cepat semasa bersenam.

Tanda regangan sering terhasil dan berbeza dari segi saiz dan tahap keterukan. Walaupun tidak ada rawatan yang terbukti dapat menghilangkannya sepenuhnya, terdapat beberapa rawatan semula jadi yang boleh membantu anda mengurangkan penampilan mereka.

Jom lihat cara semula jadi ini dapat mengurangkan penampilan tanda regangan!

Isi kandungan:

  • 10 cara rawatan kendiri yang dapat membantu mengurangkan penampilan stretch mark
  • Ada yang boleh didapati di dapur
  • Sesetengah boleh membantu meredakan gejala
  • Yang lain-lain boleh membantu merangsangkan pengeluaran kolagen
MEDERMA® Stretch Mark

  • Mengurangkan penampilan stretch mark dengan nyata
  • Formula tiga manfaat (triple benefit) yang unik
  • Memelihara dan menghidrasi kulit

Beli hari ini

Aloe vera – untuk penjanaan semula kulit yang menenangkan

Lidah buaya adalah tumbuhan berair dengan beberapa sifat perubatan. Gelnya mempunyai sifat penjanaan semula kulit dan digunakan sebagai agen pelembap, penenang dan penyejuk semula jadi[1–3]. Ia mengandungi antioksidan seperti vitamin A dan C, serta mempunyai ciri anti-radang[4]. Kajian 2018 menunjukkan bahawa gabungan lidah buaya dan minyak badam manis, mengurangkan kegatalan stretch mark[1].

Badam Manis dan Minyak Kelapa – untuk melembapkan

Seperti yang dinyatakan di atas, gabungan minyak badam manis dengan lidah buaya telah terbukti mempunyai kesan pada kegatalan stretch mark[1]. Banyak produk kosmetik stretch mark yang berkesan mengandungi bahan-bahan ini.

Gula – untuk pengelupasan dan microdermabrasion

Gula boleh digunakan sebagai scrub badan semula jadi untuk pengelupasan dan proses membuang lapisan atas kulit (microdermabrasion). Ia boleh membantu menanggalkan sel kulit mati dan meningkatkan peredaran darah, secara tidak langsung membantu memperbaiki penampilan kulit anda.

Vitamin A untuk kulit yang baik

Vitamin A ialah vitamin larut lemak yang penting untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk rambut dan kulit. Ia juga menyokong pengeluaran minyak (sebum) dan mengekalkan kelembapan kulit.

Cara terbaik untuk mendapatkan vitamin A yang cukup adalah dengan mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Vitamin A didapati dalam banyak makanan dan terdiri dari dua bentuk utama: [6,7]

  • Vitamin A (retinol) didapati dalam produk haiwan seperti ikan berlemak, daging organ, telur dan produk tenusu.
  • Pro-vitamin A (karoten) didapati dalam sayur-sayuran hijau gelap seperti brokoli, bayam, sayur-sayuran lobak, zucchini, dan lada. Ia juga terdapat dalam bentuk karotenoid iaitu pigmen oren buah-buahan dan sayur-sayuran seperti oren, betik, mangga, lobak merah, labu dan ubi keledek.

Asid hyaluronik – penggalak kelembapan

Asid hyaluronik terhasil secara semula jadi di dalam badan dan membantu hidrasi, penyembuhan luka dan pemulihan tisu[8, 9]. Ia mempunyai keupayaan untuk meningkatkan deposit kolagen.[9] Anda boleh mendapatkan lebih banyak asid hyaluronik dalam diet anda dengan memakan putih telur, atau mengambil makanan tambahan dalam bentuk kapsul atau ekstrak.

Minyak Argan – untuk keanjalan kulit

Minyak argan diekstrak daripada biji pokok argan dan mengandungi antioksidan vitamin A dan E, serta asid lemak. Ia diekstrak daripada pokok argan yang kebanyakannya ditanam di Maghribi dan boleh dijadikan hidangan lazat bersama roti. Kebiasaannya ia digunakan pada kulit -. kajian 2016 menunjukkan kesan positifnya terhadap keanjalan kulit[11].

Jus limau – tidak akan memasamkan kulit anda

Jus lemon secara semula jadi mengandungi Vitamin C, antioksidan dan pencerah kulit yang membantu mencerahkan warna kulit[12, 13]. Digunakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus timun, ia boleh dijadikan topeng kulit (mask) yang menyegarkan dan menenangkan.

Minyak rosehip – terdapat dalam pelembap

Minyak rosehip kaya dengan antioksidan vitamin A dan C. Vitamin C juga merupakan pencerah kulit semula jadi yang membantu memperbaiki tona kulit. Oleh sebab itu, minyak rosehip merupakan bahan yang sering digunakan dalam produk pelembap. Minyak rosehip telah terbukti dapat mengurangkan rupa tanda regangan baru[14].

Centella asiatica atau Gotu Kola – rahsia purba untuk kulit yang baik

Centella asiatica juga dikenali sebagai gotu kola dan telah lama digunakan dalam tradisi perubatan rakyat Asia Timur dan Indonesia. Ia mempunyai ciri anti-radang dan merangsang kolagen dan telah terbukti berkesan dalam merawat luka kecil, melecur, psoriasis, dan scleroderma[15]. Ia telah terbukti menyumbang kepada keanjalan dan kekuatan kulit,[15] serta pada penampilan tanda regangan[14].

Putih telur – kaya dengan asid amino

Putih telur kaya dengan asid amino dan protein yang dianggap menyokong penghidratan kulit[16]. Oleh itu, sapukan putih telur pada kulit anda boleh membantu mengurangkan penampilan stretch mark dengan menegangkan dan menggebukan kulit. Pukul dua putih telur dan sapukan buih pada parutregangan. Biarkan buih kering dan bilas.

Rawatan kendiri ini untuk kesan regangan mudah untuk didapati – anda mungkin sudah mempunyai beberapa daripadanya duduk di dalam almari anda! Anda boleh memperbaiki penampilan stretch mark dengan pelbagai produk pakar termasuk beberapa daripada rangkaian Mederma – lawati kedai kami untuk mengetahui lebih lanjut.

Rujukan

Adakah anda menyukai artikel ini? Sila maklumkan kepada kami jika anda mendapati artikel ini berguna.
Kembali ke atas